" Oh Allah, teach me to love others just like I love myself, teach me to judge myself just like I judge others. And if I have wronged anyone,give me the courage to apologize, and if anyone wronged me, give me the courage to forgive because you have taught me that forgiveness is the highest level of strength and revenge is the highest level of weakness "

Sunday, 13 October 2013

Rahmat Allah

Penat la blaja. Hmm.


K hello n assalamualaikum. Now 3:19 pm SUNDAY 30 October.

UPSR dah. PMR dah. SPM ? SPM? gila weh. lagi 3 minggu mak oi. Kau paham tak ni? May Allah blessed all Spm candidates 2013. 

Sekejap je. Sekejap sangat sangat. Sangaaaat sekejap.
Aku sbenanya still takpercaya. K tapi the problem is.... smpai bila aku nak terus tak percaya  dengan hari yang pasti akan tiba. Aku tolak. Aku nafi . Aku ..aku... aku buat ape je ....aku still kena face hari itu. 11 November 2013. 

O Allah. Please blessed us. 




Hm. Dulu waktu Pmr rasa seronok jeeee... Upsr lagi ahh!!! Tak rasa pun. Macam angin je semua tu terjadi. Tanpa sedar . Tanpa kita dapat hentikan walau sesaat. 

Sekarang . 
Spm.
Asyik main asyik honeymoon sampai taksedar yang Spm takmacam Upsr;5 tahun n takmacam Pmr;3 tahun. Spm 2 tahun je. Kenapa sekejap sangat. Aku beron pike. Benda Spm lagi susah kot daripada Pmr n Upsr and obviously lagi penting. Hmm kan? 

Why not... er.. k tkpelah abaikan. 





Aku sebenarnya dah penat. K memang la mcm aku cakap tadi yang 2 tahun sangat sekejap utk study Spm utk org cm aku ni. Tapi penat sebab 2 tahun yang singkat aku hanya guna 1/4 je untuk belajar. N belajar macam gila. And aku penat sebab hari yang di tunggu tak sampai sampai lagi. Ya Allah, jauhilah aku dari rasa putus asa.Aku takut aku lupa balik. Aku dah tktahu nak buat apa. Penat. *sigh*


Tapi takpelah. AKU TAKKAN PUTUS ASA. SESUNGGUHNYA ALLAH TENGOK USAHA, BUKAN HASIL. kawan kawan kelas selalu cakap macam tu kat aku as diorg tengok aku ni banyaaaaak sangat main n buat benda benda yang boleh di kategori kan sebagai honeymoon laaa.... kut. 

This is American Bobtail

Dulu aku serious serious serious berimpian untuk jadi veterinar. And thats what ive said to Nicky. Aku takpasti aku berjanji ke apa. But, i said that i will try to be a successful vet and payback the mistakes that ive done to lil monster called cat. Nicky im sorry. I think i cant. 

Result trial hampas. Tak memberansangkan langsung. I got not even B for my Biology. Chemist pun. Fizik lagi teruk. And... Addmath lagi lahhhh!!!!  

Now aku taktahu nak buat apa. Semua macam apa je.Pernah satu hari tu membe aku tegur aku kat kelas suruh blaja pastu aku cakap aku nak jadi suri rumah je.tkyah penat penat belaja. Tiba dia kata aku takleh jadi suri rumah sbb aku takreti masak and nnt hidup tahu mnyusahkan suami je. Bangek betul. Byk la jugak membe aku cakap lagi. Ade kata aku taknak ke pegang duit sendiri. Ade kata penatpenat blaja Then masuk sbp and end up jadi suri rumah je ke? Hmm tahla aku tak bincang lagi ngn mak ayah. Ayah kata sukahati aku nak pilih ape. Hasbiallah wani'malwakil fani'malmaula wani'mannasir 


Membe yang tak stuju dengan kerja suri rumah

Jadi di kesempatan ini saya Nur Nadhirah bt Mohd Ariffin ingin :

  • Memohon seribu kemaafan
  • Meminta sejuta restu
  • Mengharap doa yang tak putus putus
  • Merayu sokongan dan dorongan 
: daripada anda semua rakan rakan saya, guru guru saya, membre membre saya, ibu bapa serta keluarga saya,saudara mara saya takkira dekat ataupun jauh, sepupu dua pupu tiga pupu dan semua kupu kupu,saudara saudari muslim muslimah sekalian,serta bakal suami saya(lol) , agar saya sentiasa bersemangat dalam mencapai impian dan kecemerlangan di dunia and yg penting sekali di akhirat. Insyaallah. 

This is Munchkin.

Okay, aku rasa tu je lah kot. Banyak lagi benda and ilmu ilmu yang tak aku kaji tak aku fahami tak aku dalami lagi. Ekekeke. And also Goodluck to all 2013 Spm Candidates especially sahabat sahabat di SARJANA, member member di SEPINTAR , rakan rakan yang mengenali saya ^^




Akhirul kalam, dalam kita mengejar kejayaan dunia, aku harap kita sama sama taklupa tentang kejayaan akhirat yang jauh lebih penting dan jauh lebih bermakna di sisi Allah. Jangan tinggal solat. Andai hati lelah dan penat, rajin rajin lah kita baca surat cinta daripada Sang Ilahi, al-Quranul Karim :)

Assalamualaikum ^^v





Saturday, 3 August 2013

muah !

hello n assalamualaikumwarahmatullah.

aaaaaaaaaa aa aaa rr...teketar ketar dol tangan aku menaip. tpaksa backspace byk kali sebab banyak typo ni. aaargh. darah gemuruh mnyerbu ke muka. ke dada . ke seluruh anggota. fuh nervous teramat sangat. aahhh lemas lemas.



k chill nad chill. kau tulis blog je. bukan buat apa pun.

hey, blog adalah segala galanya. aku suka menulis. aku suka meluahkan. aku suka menaip. aku suka kau blog. come on. salah ke nak suka. biarlah.
ish yang sibuk sibuk nak halang ni kenapa?

biarlah.



ahh. tenang nya. 

k now im gonna start blogging again. wauw. tahu tak ? sebenanye aku tau ni ujian untuk aku hadapi Spm. lol. 

dan dan nak Spm lah boleh login balik account blog ni kannnn. haih . jemah betol. 

tapi aku tak pernah menidak kan nya. aku tak pernah membuang terus blog dari hidup aku. takkira lah dia datang dalam keadaan apa sekalipun. aku tetap cintakan blog ini. 

aku takkata Spm tolak tepi. aku pun tak kata Blog letak belakang. Kita jalan seiring . 



AS WE KNOW. as we aaaallll know... Spm tu berapa jam je lagi. berapa minit je lagi. berapa saat je lagi kannn. takpe. takpe. kita tulis blog kejap. kejap je. sekeeeejap je eh :D

haritu kan.. haritu kann.. ah rasa nak loncat loncat. aku taktau nak cerita apa ni. banyak sangat. banyak sesangat sangat. yelahhhh,, lapan bulan kateko. lama gila tak berkongsi. 

sharing is caring. and caring is loving

please. cakap lah apa nak cakap. aku lonely ke apa ke. aku takkisah. semua org ada hak untuk menilai. semua orang ada hak untuk berkata kata.suka hati korang la nak kata apa pasal aku. takda dunia ke. takde membe ke. takde life ke. janji aku bahagia. kan kan? 

yes , aku bahagia.

i love you blog. uhuk uhuk T^T 

dear blog, i wanna hug you baby. k stop it nad


oklah. hari hari sebelum Spm datang ni aku banyak murung dalam gembira sebenarnya.

tak tak.

aku gembira.

tapi aku jugak sedih.

aku sedih sangat

teramat amat sedih

dan dalam masa yang sama

teramat amat gembira...

hey, school time gonna end. aku tak sanggup. even aku telah berdaftar kat Sepintar, but yet still sedih jugak.
Sepintar banyak mengajar aku. dari W to Z. k banyak la jugak. W X Y Z.

ada 4 benda.

  1. cara nak sembang ngan orang yang takkenal .
    aku masa kat rawang sana kalau nak balik rumah kena naik train. ya Allah..kau tau bertapa besarnya dugaan kat sana? besar sangat. banyak kali balik sorang sorang. nak pi stesen ktm tu kena redah naik teksi dulu. ingat apa? teksi tuuu. bahaya okay untuk anak dara macam i.

    pernah jugak satu malam tu sebab terdesak sangat takde tiket kreta api..aku terpaksa naik teksi sampai rumah. pergh. gila betul pakcik teksi tu. dah sesat sampai lumut. aku mula ingat dia nak culik ke apa. dah gelabah dah. yelaaah, aku tk bawak fon. dahla time tu dah malam. dah nak dekat kul 11 n aku still kt lumut dengan orang yg aku takkenal. naya tau tak. tapi nampaknya aku hanya perasan dan bertepuk sebelah tangan. pakcik tu taknak pun culik aku.

    aku selamat sampai rumah pukul 12:30 malam. fuh. 

  2. panjat pagar

    hey ini ilmu sangat berguna tahu tak ? aku tak penah buat and tak pernah rasa nak try pun nak panjat panjat pagar asrama time kat SARJANA dulu. yelah, mau tak sangkut kain aku. sarjana pagar dawai. sepintar pagar tembok. dah siap ada lubang lagi. memang senang. macam tangga. senang sangat nak masuk. nak panjat. hahaha k teruk. tapi best. buat sesiapa yang tak pernah cuba. boleh la datang sepintar. try panjat. lolololol

    bila dah form 5 ni aku dah stop la. aktiviti panjat memanjat ni dah aku  tinggalkan sebab dah nak Spm kan. dah besar. dah jadi anak dara. tak elok kalo org nampak gadis ayu tiba tiba panjat tembok aspuri. tak ke jatuh mas kahwin aku ? haihh.

    tapi seriously, ilmu panjat ni sangat berguna. time PLKN nnt. aku dh imagine macam macam dah. dah berangan bagai nak rak dah. aku jadi heroin PLKN ke apa kot kannn nnt. yelaaah, dah hebat n pass semua halangan duri plus ranjau. hahaha. tapi angan angan aku hilang mcm tu je bila dapat feedback dari pihak PLKN

    'Maaf anda tidak ditawarkan untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara bagi sesi-11 pada tahun 2014 '

    harapan hanya tinggal harapan~
  3. doin' crush thing

    teeeheeee. ini aku suka. lol. k fakta orang kata jangan main main dengan diorang. nanti menyesal. haih. takpa. nama pun main main rite. so just live there. scream n shout. do the drama. play the role. and you will feel the excitement.

    suka lah main sticky note. ^^ comel sangat. 

  4. jadi membe dalam erti kata yang sebenar

    know what? SEPINTAR IS THE BEST. serious takkan lupa lah. kalau nak cerita satu satu memang tak cukup scroll lah cakap !

    aku sayang SEPINTAR.

    *HERE SEPINTAR means : kawan kawan tingkatan 5. adik adik tingkatan 1 2 3 4. guru guru semua. Abi and tak lupa juga Bonda . pakcik makcik guard. lol. 




hahaha k tu je lah. nanti nanti aku sambung lagi dengan gamba yang real. ni semua gamba curik. almaklum lerrr pendrive tertinggal kat sekolah. susah. k tata. have a good and a fantastic day okay , tata. assalamualaikum ^^


i love you blog <3

Friday, 2 August 2013

TESTING TESTING..ehem

Waaauuuww. 8 months. Lapan bulan. Laapaaannnn buuuulaaaannn. Kalau mengandung ni dah nak lahir dah niii.


Finally !

Akhirnya aku dapat bukak blog ni balik.


Alhamdulillah. Nak nangizzzsss rasanya. Serious ni.
Tak main main.




Betul betul serious,


Maaaannnn. Rindu nicky sangat sangat.


Yeah. Last update 8 bulan yg lalu tu pun time tnga bkabung pasal pemergian dia, haila. Takpelah. Now im tough enough. ^^


Yaayy!



Okay bye. Nnt aku update lagi esok. Malam ni tkbest updte sbb pkai tab. Tak feel lahh kateko.




Haaaaaaih. Banyaaak sangat nak tulis nak cerita nak kongsi nak luah.



Rasa macam di hidupkan semula.


Breath in. Breath out.  iiinnnn.....ouuuuut.

Fuh fuh fuh. Berabuk blog.




Eeeeiiii tak sabar nak tunggu hari esok.



K bye. Jom sambung baca quran. Rindu kalam Allah yang puitis romantis manis tuu. Hihihi. Assalamualaikum :)


Saturday, 26 January 2013

Banyak yang aku nak cerita tapi insyaallah lain kali.peneman setia menulis blog kini telah pergi untuk selamanya.

Thursday, 27 December 2012

GERHANA

ohman.aku rasa sedih sangat.pernah rasa? mesti semua pernah.sebenarnya kenapa eh asyikkkk aku je yang selalu kena? why it must be me? itulah nasib bila jadi ugly duckling.maybe ini yang di rasa pahit hidup di dera macam cinderalla punya cerita.




this fucking thing killing me T.T

yaaah aku tak larat.penat aku tahan.penat aku rasa sorang sorang benda ni.kalau cerita kat orang pun, aku rasa orang yang mendengar tak membantu langsung.orang takkan faham selagi diorang tak rasa sendiri.aku rasa putus asa dah nak hidup kalau things keep going on like this.

aku tak sukaaaaaaaaa!!!!


selama ni tak cukup ke dengan apa yang aku dah buat ha? tak cukup lagi ke? memang la.i admit.tu memang kerja aku.tu memang tanggungjawab aku.tapi bukan aku sorang.bukan tanggungjawab aku sorang.semua benda macam dah di rancang.macam memang nak kasi aku jadi gila.macam memang nak bagi aku mati ke apaaaa ?

stress.

aku tak mintak lebih pun.aku cuma nak life aku sendiri.cant you get it? aku penat lah buat semua benda and as a return everything was like shit.aku dah tak tahan.semua orang boleh sabar.semua orang pun mesti ingat aku ni manja gedik sebab benda sikit pun nak gelabah.blah la wehhhh.kepala hokk mu sikit.cukuplah.tak larat do hidup macam ni.

aku dah buat apa yang perlu aku rasa.aku dah tolong apa yang perlu aku rasa.aku dah dah dah....hmmphh


if u really cant help it,its okay,but please.i have my own right.try to be fair laaahhhh! kalau taknak bagi apa apa kat aku atleast bagilah aku rasa nikmat hidup ni (-______-)'


kau kata normal? normal ke ni? memang semua orang kena macam aku kena ke apaaa?


okay cukuplah.type panjang panjang bukan boleh selesai masalah.bazir air mata aku je.semua sia sia



hahaha okayyy harini macam apa je tah planning pergi jaya jusco dengan member.cehh macam *sambung ayat sendiri*

sabar jelah.aku punya semangat nak jumpa.ehh takdelah semangat sangat.biasa biasa jelah.okay di pendekkan cerita dia Tak Datang punnnnnnn.OHMYGOD

aku dari pukul 10 pagi dah terpacak dekat mcd menunggu menunggu n terus menunggu.

tengok runningman

makan mcflurry oreo

makan mcflurry oreo

tengok runningman

tengok runningman

bukak facebook

mesej mesej

akhirnya dia tak dapat datangggg T.T (12pm)


adik ni memang suka cari pasal dengan kakak lahhhh -_- aishhh

hmmm tkpelahh.forever alone je aku kat situ.kalo awal lagi dah habaq takleh mai okay jugak hahaha ni dah lepas kul 12.tgv kul 1140 dah tlepasss haha -.- then aku makan.main bowling sorang sorang macam orang gila lonelyyyy.semua orang pandang.ya Allah.segan aku.then lepak lepak kat roof then pukul 3 balik.fuhhh

sia sia


banyak pulak benda sia sia harini.haihhh tkpelah.nasib member jeee.what u give u get back.okay, mybe lah kot sbb haritu aku tak datang.then kali ni  dia pulak tak datang.k tkpe.2013 baru nak mula.panjang lagi masa kita hahahahaa B)

sorry banyak banyak ehhhh.kita satu sama lahhh
ada rezeki kita jumpa.ada jodoh tak kemana.ekekeke

ini gambar bukti sblm aku gi bertapa kt jj tunggu hang n bukti yang aku ade fz hahahahaha
*sorilah gmba banyak banyak semua tak jadi.tkde gmba aku tngah termenung ke apa hahaha gmba mrepek-repek dpn kdai celcom maxis tepi tandas tgk runningman lah ape hahaha tkpayah la ehhh braderr :3



btw,sila pause kejap lagu blog aku and play cover bawah ni (Y) aku sukaaaaa hahahaha miss alvord sangat lah cantik.sila faham :D

entahla.rasa nak nangiskan? im sorry dear :/ 

okay,selamat malam semua yaaa.assalamualaikum.esok aku nak pergi shopping.be jealous.yeahhhh dapat barang baruuu ekekeke goodbye,*walk like a boss*

JANGAN pernah ibaratkan aku sekuat harimau.
aku hanya ibarat kucing yang COMEL :3

Monday, 24 December 2012

KEHIDUPAN

hai assalamualaikum dunia.aku taktau apa aku rasa la ni.hahahahaha k play this video lah.smart.aku suka gila tiffany alvord.takdelah gila sangat.cuma suka laaaaaaa haahhaha aku kenal dia rasanya baru dalam 3 hari kot hahaha Aisyah Annisaa promote*


smart kan? haha k apa2lah (-________-)'

kehidupan tu sementara weh.aku rasa macam sedih.gembira.kucar.kacir.curious.gila.takbetul.semuaaaalah dengan kehidupan aku.

aku selalu lah tewas dengan nafsu sendiri.selalu sangat.jarang aku menang dalam pertarungan antara nafsu akal iman ni hahahaha


pagi tadi lapar gila.takde siapa nak masak.takde siapa nak buat sarapan macam biasa.

then tiba tiba adik aku yang kedua*ikmal dia datang kat aku yang tengah laysho atas sofa suruh aku masakkan megi

hahaha aku malas gila nak masak.alaaah kau dah darjah lima.masak sendirilah.so aku just ignore jelah dia.

his misery end bila bapak aku datang and tolong masakkan.untonglahh kannnn.


haritu mak aku balik dari giant dia ada beli megi.ada dua jenis megi.satu megi biasa.Maggi Kari.satu lagi megi apatah aku tak penah nampak.mak kata ada clearance stok apatah.so megi yang aku tak penah nampak tu mak aku beli banyak berbanding dari Maggi Kari yang biasa tu

tapi malangnya megi biasa tu rasa dia tak sedap langsunggggggg.patut arr kasi murah gila.satu peket besar rm3 je.hampeh

k back to story asal tadiii..aku nampak adik aku makan megi yang tak sedap tu hahahaha dannnn aku rasa nak tergelak bila dia kata Maggi Kari dah habis so terpaksalah makan megi tak sedap tu



aku rasa bertuah sangat instead of rasa bersalah sebab sebenarnyaaaa Magi Kari tak habis lagi.tapi aku yang sorok kan supaya aku boleh  makan bila bila masa aku rasa lapaaaar hahahaha

keji kan perangaiiii ?

ekekekeke




tapi bila ingat balik,time aku sorokkan megi tu aku rasa ada lagi satu maggi kari yang lebih.tahla.maybe ada orang makan ke apa kannn semalam kott lah

time aku nak start masak maggi Kari tu tiba adik aku yang pertama*hafiz datang pulak.ingatkan nak mnyendeng mintak simpati aku untuk kasi maggi tu kat dia ke apa.rupanya dia pun nak masak Maggi Kari jugakkkk

LOL.like sister,like brother

hahahaha dah nama adik beradik.perangai pun samalahhh hahaha sengal.aku ingat aku sorang je yang buat perangai keji tuuu rupenyeeeeee.. -.- har har har


kesian dekat dua adik aku *ikmal.mira* sebab ada kakak n abang macam kitorang hahahaha

life is war dude.best man win

kalau nak hidup kena pandai pandai survive.life is option.pandai pandailahhhhhh.memang megi terang terang dah ada.tapi siapa yang hebat.yang awesome.yang superb je dapat makan yang sedaaaap ekekeke even dua dua pun dapat makan.tapi winner deserves besttt >3<





macam kehidupan kita.kehidupan kau.kehidupan aku.kehidupan semua orang dalam dunia.orang sebelah.orang negeri sana.orang negara jauh.semua terserah kepada diri sendiri.terserah kepada penakluk diri.whether kau nak live well or live hell.u choose.ur choice

seorang bayi yang baru lahir ibarat seperti kain putih yang harus dicorakkan oleh blablabla...

okayy sekarang aku bukan nak cakap pasal bayi baru lahir ke apa.

nak cakap kat sini bahawasanya semuaaaaa orang ada kehidupan yang kene pandai pandai corakkan sendiri sebenarnya.takpayah lah guna sangat ayat 'bayi' tu sebab ayat tu hanya akan menjadikan seseorang tu tidak independant dalam kehidupan.menjadikan seseorang tu hanya hidup menuding jari meletakkan semua masalah di atas tanggungjawab ibubapa yang salah dalam mencorakkannya.ewaaah 



As we fade in the dark, just remember you will always burn as Bright
Never let them take the light behind your eyes


as in my life,i choose to live hell hahaha takdelah.aku takdelah pilih tu.cuma aku memilih tengah tengah.sebab aku masih lagi dalam peperangan antara nafsu iman akal ni.susah.susah nak stabil.sumpah

yaaah kan aku cakap.aku selalu kalah dengan nafsu.memang.memang lah aku tak patutnya cakap macam tu.its just like yang aku ni dah putus asa ke apa kann.memang aku tau aku salah.aku cuma keliru dengan persekitaran.aku taktau mana yang patut aku pilih.whether jadi baik or jadi tak baik.

bukan lah itu maksud aku.

ehh aku baik okayyy.hati aku qudus ohhh.jangan main main.

kat sini aku maksudkan lifestyle.aku taktaulah.mybe aku tak matang sebab kehidupan aku sebenarnya banyak terPengaruh dengan dunia komik dan novel (-__-)'



aku ibarat itik -.- terumbang ambing lagi ni.bila dengan orang yang baik aku jadi baik.bila dengan orang yang super awesome yang hardcore gila awesome diaaaaa aku jadi terikut ikut.

to de friend yang awesome tuuu,aku tau kau sebenarnya baik.aku tau kau sebenarnya nak berubah kan kan kan? tapi bila aku muncul dalam hidup kau.bila kau cerita about ur black days,dengan aku punya respon macam excited sooo, kau jadi terpanggil untuk meneruskan ke-awesome-an engkauu.aku mintak maaf banyak banyak.lepas ni aku tak ganggu hidup kau dah untuk berubah jadi baik ^^v aku janji.kau buat lah pilihan sendiri.its ur live.aku tak berhak nak stop kan apa yang kau perjuangkan.

may you be bless lah.jaga diri elok elok.SPM 2013 buat yang terbaik.kau memang awesomelah.goodluck



OKAAAYY.dah la kot.aku taknak cakap apapun sbenanya.nak cerita pasal megi tu je ekekeke.tapi tiba rasa terlebih pulak.and to others pun samalah.maksudnya yang rasa rasa dia tu calon SPM 2013 niii 

goodluck baybehhh :DD!! All the Best dari Aku untuk Kita

doakan untuk aku wehhhh.lagi seminggu cha nak skolah.siaaaaaaaa....bapak arrrr aku tak percaya gila.banyaaak gila lagi tak setel setel wooo.



goodbye.love me.love yourself.love others.love the world.love ur life indeed.

oh by the waaayyy, sorilah kepada kawan kawan tak sempat nak cakap bye.aku dah deactivated facebook aku hahahaha time to open the book,refressshhh,reaaadyyy and close the face'book' tuuu

byebye semua.assalamualaikum >3< 
*siapa rajin share la byebye aku dekat facebook.kirim salam dekat semua.ptolongan anda amat di hargai*

Friday, 21 December 2012

PEREMPUAN

hai assalamualaikumwarahmatullah.hai hai hai dunia.maigad,dah seminggu aku since my last update rasanya.aku rasa macam semacam hidup tanpa luahan even aku takde masalah apa apa.tapi di sini kali ni saat ni aku update ni bukanlah hidup aku di timpa musibah bala or whatsoever yang berkaitan kannnn.cuma rasa rindu dekat dunia cyber ni.dah lama tak ada connection dengan dunia cyber.hari hari duk sibuk dengan kerja yang bertimbun dekat ofis.nak kene sign sana sign sini.penat gila.hantar sana hantar sini.lenguh kaki wooo



okay luahan hati kat atas ada lah rekaan semata mata.tiada kaitan dengan hidup aku pada masa lampau.masa kini.masa akan datang.dan selamanya.insyaallah.sebab aku sampai bila bila aku takkan kerja ofis.cita cita aku ada dua.whether vet or pilot.

so maknanya whether aku di atas awan memandu kapal terbang dengan jiwa yang penuh ketenangan oooorrrr aku hanya ke hulu ke hilir sibuk dengan haiwan haiwan yang sakit yang perlukan kasih sayang and belaian daripada seorang doktor haiwan yang comel dan penyayang macam aku


kau tau apa makna cemburu tak? aku menyampah betul dengan orang yang kuat sangat cemburu.cemburu sana cemburu sini camburu situ.cemburu cemburu cemburu.

yaaaah kalo nak cemburu tuuu..cemburu lah bukanlah aku nak halang ke apaaaa.cuma....bertempat lah sikit.atleast kasi kena la.takpayah lah hal kecik hal remeh hal temeh hal hujung kuku pun kau nak pndang slack,boikot,senyum sinis,memberi ayat serupa tahi.cemburu buta tak kemana pun woi


memang.perempuan and cemburu tak boleh di pisahkan.langsung.yaaa even laki pun cemburu.okay tu nntaklah.aku taknak cakap pasal laki.aku nak cakap pasal perempuan.perempuaaaaaaaaaan,woi kau boleh kawal tak cemburu kau? eh aku pun perempuan lah.aku pun tau cemburu bila ada orang yang aku suka orang yang aku sayang orang yang aku sanjung buat dek dengan aku.ignore aku.tak pandang aku.kalau pandang pun sblah mata.memang rasa macam hell.

contohnya bila mak aku lebihkan adik aku.yes.aku cemburu kott.and yes,pandai pandai lah aku simpan rasa cemburu tu.pandai pandai lah aku cover kannn


okay lah aku tak kisahlah kalau ada kaitan ngn family kauorang.anak manja ke apa.malas ar nak halang.okay okay.semua pergilah tunjuk cemburu tu.maybe dengan cemburu baru tau ada people sayang or whatsoever ke kann.

cemburu tanda sayang

kannnn lagipun -.-

and thats another point.aku menyampah kalau perempuan lelaki yang bajet loving ni.bukan apa.bila sorang nak live life dia,yang sorang lagi cemburu tak memasal.kepala hokk mu.eh dia pun ada life dia.kau takpayah nak cemburu sangat.kau tu takde apa apa pun untuk dia.bukanlah takda apa apa cuma dia memang lah sayang kan kauuuu tapi tak cukup ke slama ni dia dah buktikan.tak cukup ke slama ni dia dah confess.dah layan kau lebih dari orang lain.tak cukup ke? dalam dunia ni ada berjuta berbillion bermillion ber ber ber banyaaaaak ahhhh manusia.bukan ada kau sorang je.so , kau kenalah faham yang maknanya setiap hari dia bukak mata bukan kau sorang je yang dia nampak.bukan kau sorang je yang dia jumpa.ramaaaaaaaaaaai lagi.tapi dalam ramai ramai manusia tu dia pandang kau jugak.dia pilih kau jugak.kira okay la tu.yang kau still nak jeles kenapa kalau kau nampak dia dengan orang lain? wake up.jadilah manusia yang memahami dan jadilah manusia yang bersyukur


aku ada seorang makcik.dia perempuan.dia okay saaaangat dengan aku.tapi tu dulu.bila sekarang umur aku dah meningkat remaja ni aku perasan satu benda yang dia dah tak macam dulu.dia seolah olah nak membanding kan aku dengan anak dia.

aku rimas kau tau? tak perlu rasanya nak membanding banding saya dengan anak makcik.dah terang terang anak makcik memang lawa.tinggi.pandai bergaya.lemah lembut.bukan macam saya.semua tunggang langgang.kasar.tak tinggi.tak lawa.kasar -.-



pernah satu hari ada event.aku ni dah lah malas nak bergaya sakan.pakai biasa biasa lah.make up apa semua takkan.then sampai sana aku macam biasalah jumpa diorang ramai ramai.then tiba nampak makcik aku macam nak show off anak dia kat aku.ya Allah.sabar jelah -_- aku tak rasa apapun woi.aku buat muka biasa je.aku dahlah rapat dengan anak dia tu.bila dia buat macam tu semua rasa macam awkward semacam.rasa tak best dah.ishhhhhhhh

then bila tiba satu saat tu,adalah seorang lagi makcik aku ni tiba bersuara

kamu patut jadi macam nadhira tu.muslimah sikit

damn it.tiba petik nama aku pulak dahhhh.tiba tiba pulak aku terpandang muka makcik aku yang first td tu, muka dia dah semacam je.muka dah cemberut tak puas hati.ya Allah.sabar jelah


weh kenapa ni? tiba buat muka pulak kannn.takkan lah tak puas hati sebab ada orang cakap suruh contohi aku yang muslimah ni ? takkanlah.aku ni dah lah tak muslimah mana.aku rasa tu pun kata perli je.were u assumed that as a laud ? ohmannnn.please.jangan.

once again,dia pandang aku macam tak puas hati.pandang macam taknak pandang (-___-)'

rasa nak nangis tu apaaa? tertekan aku.aku rasa ramai gila bapak ar yang puji anak dia tu.aku yang kene perli ni pun dia  nak cemburu tak tentu pasal ke? 

wake up.sampai bila nak macam ni.tersiksa jiwa raga kalau macam ni je bila bertembung empat mata 


and by the way,alang alang dah cakap pasal cemburu ni.aku di kesempatan ini nak cakap dengan kawan kawan aku walau aku taktau lah diorang baca ke tak.tapi di harapnya bacalah.

kalau kauorang nampak aku rapat dengan sesiapa tu maknanya aku rapat je.tak bermakna suka or cinta or apa apa yang berkaitan.seriously,seawal usia 17 tahun pada tahun 2013 ni aku takde terfikir untuk menjalinkan any special relationship dengan mana mana orang.maybe kadang tu ada rasa nak menggedik ke apa nak try ke apa,tapi to be honest,semua ni aku tolak tepi.aku nak live life aku.aku taknak rasa terikat dengan mana mana perjanjian hidup.


aku dah ada pilihan *<--klik situ sendiri.dia comel.bergaya.ganas.stylo.hensem.mata kecik.tak dapat kawen ngan dia pun atleast dapat jumpa sekali pun okayyyy hahahahahahha sawan*

takdelah.kawan perempuan nak jeles bila aku kawan dengan kawan lelaki.kawan lelaki nak jeles bila aku kawan ngan kawan laki.kawan perempuan nak jeles bila aku kawan ngn kawan perempuan.kawan laki nak jeles bila aku kawan ngan kawan perempuan.apalah.*amat keterlaluan bajetttttnyeerrrwwww*berkawan biar beribu.niat harus satu

hidup biar ada hidup -_- apa ayat aku? 


okay assalamualaikum semua.12:00 am.

i love all the awesome people.keep being awesome okayyyyy >3<

*mintak maaf mintak halal sekiranya ada tersalah taip*

Thursday, 13 December 2012

LESBO

OHMANNNN.

assalamualaikum warahmatullah.selamat pagi semua.yeah aku tak tido lagi la niiii hahahaha hang tau skrg kul bpe ? 3.50 bhaaaaaaaaiiii...walawehhhh.banyak beno assignment tadi.alhamdulillah semua pun dah setel.fuhhh 

haritu sepuluh haribulan aku ada gi kem easymath.best la kem tu.best gila nak mampos.aku rasa patut tuka nama kem tu kepada kem tawa riang.aku dah mcm nak mati sebab asyik gelakkkkk je.dalam dewan.dalam dm.dalam surau.dalam tandas.dalam dorm,tempat iron,tangga,tempat parking,kiosk,tempat tunggu orang,even tengok signboard punnnn gelak macam org gila.cacat gila  nak mati.

yang aku gelak paling gila time tngah iron dengan esah kinah n asma' aaaaaaaaandd time depan kiosk. 

ya Allah tolong laaaaaa...aku tk boleh lupa mcm mana lawak nak mmpos makcik bola jaring tu layan esah.hahahahaha.aku dah smpai duduk kat lantai sbb lawak gila.tak tahan dgn cara makcik tu angkat tangan hahahaha 



haaaaaaaaaiiii sakai betul.tapi ilmu still dapat arr..

sayang betul tak bawak camera.kalo tak boleh rakam semua kegilaan yg berlaku.okay ckup pasal kem tu

haha rindu gila gila gila dekat kem.entahlah.



haritu aku sembang ngn esah hahahha rindunya.terbayang bayang aku setiap apa yang berlaku kat sana.rasa nak nangis pulakkk 

ok,cut the crap

tau tak gay tu apa? uuuuuu seriously aku tk boleh terima bila wujudnya golongan gay ini.eeuuuuwww.

lelaki ada apa? kau boleh buat apa pun kannn ? duck betul.geli aku.

ahh nntak mereka.tapi yg psti amat keterlaluan bodohnya.*ohhh rinduuu*


haritu ada buat kajian ke atas seorang yg muncul dlm hidup aku n esah.ohmannn.rasanya macam dapat detect yang that ppl ada tanda tanda bukan lelaki sejati

first skali bila kami tak pernah nampak si dia pakai jersey.oh god.jersey aku sendiri pun blambak bhai kat rumah.dia lelaki.why tkde jersey ? tk macho eh ? atleast ada satu pun jadilah... e.....ngada,nak nampak cantik ke banggg ? geli aku.


lepas tu...aahhh nantak ar.bosan.malas nak ckp pasal dialah.nntak pi ke dia.



ohmannn jahatnya team thailand tadi.tak rasa ke?aku rasa macam nak nangis je.smpai hati diorang buat cemtu kat pemain aku ? itik betul

agaklahhhhhh woi

kesian matyo.kesian fadhli.kesian safee.kesian badrol.kesian farizal.kesian semua harimau harimau aku.


sebenarnya ada entahlah nak post apa pun tk igt hahahaha.tkpelah smpai sini je arrr...lupa pulak. 



assalamualaikum.bye bye.4:15 pagi


kepada lelaki yang ada perasaan kt aku,lupakanlah.aku ni lesbo.sekian.