" Oh Allah, teach me to love others just like I love myself, teach me to judge myself just like I judge others. And if I have wronged anyone,give me the courage to apologize, and if anyone wronged me, give me the courage to forgive because you have taught me that forgiveness is the highest level of strength and revenge is the highest level of weakness "

Sunday 13 October 2013

Rahmat Allah

Penat la blaja. Hmm.


K hello n assalamualaikum. Now 3:19 pm SUNDAY 30 October.

UPSR dah. PMR dah. SPM ? SPM? gila weh. lagi 3 minggu mak oi. Kau paham tak ni? May Allah blessed all Spm candidates 2013. 

Sekejap je. Sekejap sangat sangat. Sangaaaat sekejap.
Aku sbenanya still takpercaya. K tapi the problem is.... smpai bila aku nak terus tak percaya  dengan hari yang pasti akan tiba. Aku tolak. Aku nafi . Aku ..aku... aku buat ape je ....aku still kena face hari itu. 11 November 2013. 

O Allah. Please blessed us. 




Hm. Dulu waktu Pmr rasa seronok jeeee... Upsr lagi ahh!!! Tak rasa pun. Macam angin je semua tu terjadi. Tanpa sedar . Tanpa kita dapat hentikan walau sesaat. 

Sekarang . 
Spm.
Asyik main asyik honeymoon sampai taksedar yang Spm takmacam Upsr;5 tahun n takmacam Pmr;3 tahun. Spm 2 tahun je. Kenapa sekejap sangat. Aku beron pike. Benda Spm lagi susah kot daripada Pmr n Upsr and obviously lagi penting. Hmm kan? 

Why not... er.. k tkpelah abaikan. 





Aku sebenarnya dah penat. K memang la mcm aku cakap tadi yang 2 tahun sangat sekejap utk study Spm utk org cm aku ni. Tapi penat sebab 2 tahun yang singkat aku hanya guna 1/4 je untuk belajar. N belajar macam gila. And aku penat sebab hari yang di tunggu tak sampai sampai lagi. Ya Allah, jauhilah aku dari rasa putus asa.Aku takut aku lupa balik. Aku dah tktahu nak buat apa. Penat. *sigh*


Tapi takpelah. AKU TAKKAN PUTUS ASA. SESUNGGUHNYA ALLAH TENGOK USAHA, BUKAN HASIL. kawan kawan kelas selalu cakap macam tu kat aku as diorg tengok aku ni banyaaaaak sangat main n buat benda benda yang boleh di kategori kan sebagai honeymoon laaa.... kut. 

This is American Bobtail

Dulu aku serious serious serious berimpian untuk jadi veterinar. And thats what ive said to Nicky. Aku takpasti aku berjanji ke apa. But, i said that i will try to be a successful vet and payback the mistakes that ive done to lil monster called cat. Nicky im sorry. I think i cant. 

Result trial hampas. Tak memberansangkan langsung. I got not even B for my Biology. Chemist pun. Fizik lagi teruk. And... Addmath lagi lahhhh!!!!  

Now aku taktahu nak buat apa. Semua macam apa je.Pernah satu hari tu membe aku tegur aku kat kelas suruh blaja pastu aku cakap aku nak jadi suri rumah je.tkyah penat penat belaja. Tiba dia kata aku takleh jadi suri rumah sbb aku takreti masak and nnt hidup tahu mnyusahkan suami je. Bangek betul. Byk la jugak membe aku cakap lagi. Ade kata aku taknak ke pegang duit sendiri. Ade kata penatpenat blaja Then masuk sbp and end up jadi suri rumah je ke? Hmm tahla aku tak bincang lagi ngn mak ayah. Ayah kata sukahati aku nak pilih ape. Hasbiallah wani'malwakil fani'malmaula wani'mannasir 


Membe yang tak stuju dengan kerja suri rumah

Jadi di kesempatan ini saya Nur Nadhirah bt Mohd Ariffin ingin :

  • Memohon seribu kemaafan
  • Meminta sejuta restu
  • Mengharap doa yang tak putus putus
  • Merayu sokongan dan dorongan 
: daripada anda semua rakan rakan saya, guru guru saya, membre membre saya, ibu bapa serta keluarga saya,saudara mara saya takkira dekat ataupun jauh, sepupu dua pupu tiga pupu dan semua kupu kupu,saudara saudari muslim muslimah sekalian,serta bakal suami saya(lol) , agar saya sentiasa bersemangat dalam mencapai impian dan kecemerlangan di dunia and yg penting sekali di akhirat. Insyaallah. 

This is Munchkin.

Okay, aku rasa tu je lah kot. Banyak lagi benda and ilmu ilmu yang tak aku kaji tak aku fahami tak aku dalami lagi. Ekekeke. And also Goodluck to all 2013 Spm Candidates especially sahabat sahabat di SARJANA, member member di SEPINTAR , rakan rakan yang mengenali saya ^^




Akhirul kalam, dalam kita mengejar kejayaan dunia, aku harap kita sama sama taklupa tentang kejayaan akhirat yang jauh lebih penting dan jauh lebih bermakna di sisi Allah. Jangan tinggal solat. Andai hati lelah dan penat, rajin rajin lah kita baca surat cinta daripada Sang Ilahi, al-Quranul Karim :)

Assalamualaikum ^^v





Saturday 3 August 2013

muah !

hello n assalamualaikumwarahmatullah.

aaaaaaaaaa aa aaa rr...teketar ketar dol tangan aku menaip. tpaksa backspace byk kali sebab banyak typo ni. aaargh. darah gemuruh mnyerbu ke muka. ke dada . ke seluruh anggota. fuh nervous teramat sangat. aahhh lemas lemas.



k chill nad chill. kau tulis blog je. bukan buat apa pun.

hey, blog adalah segala galanya. aku suka menulis. aku suka meluahkan. aku suka menaip. aku suka kau blog. come on. salah ke nak suka. biarlah.
ish yang sibuk sibuk nak halang ni kenapa?

biarlah.



ahh. tenang nya. 

k now im gonna start blogging again. wauw. tahu tak ? sebenanye aku tau ni ujian untuk aku hadapi Spm. lol. 

dan dan nak Spm lah boleh login balik account blog ni kannnn. haih . jemah betol. 

tapi aku tak pernah menidak kan nya. aku tak pernah membuang terus blog dari hidup aku. takkira lah dia datang dalam keadaan apa sekalipun. aku tetap cintakan blog ini. 

aku takkata Spm tolak tepi. aku pun tak kata Blog letak belakang. Kita jalan seiring . 



AS WE KNOW. as we aaaallll know... Spm tu berapa jam je lagi. berapa minit je lagi. berapa saat je lagi kannn. takpe. takpe. kita tulis blog kejap. kejap je. sekeeeejap je eh :D

haritu kan.. haritu kann.. ah rasa nak loncat loncat. aku taktau nak cerita apa ni. banyak sangat. banyak sesangat sangat. yelahhhh,, lapan bulan kateko. lama gila tak berkongsi. 

sharing is caring. and caring is loving

please. cakap lah apa nak cakap. aku lonely ke apa ke. aku takkisah. semua org ada hak untuk menilai. semua orang ada hak untuk berkata kata.suka hati korang la nak kata apa pasal aku. takda dunia ke. takde membe ke. takde life ke. janji aku bahagia. kan kan? 

yes , aku bahagia.

i love you blog. uhuk uhuk T^T 

dear blog, i wanna hug you baby. k stop it nad


oklah. hari hari sebelum Spm datang ni aku banyak murung dalam gembira sebenarnya.

tak tak.

aku gembira.

tapi aku jugak sedih.

aku sedih sangat

teramat amat sedih

dan dalam masa yang sama

teramat amat gembira...

hey, school time gonna end. aku tak sanggup. even aku telah berdaftar kat Sepintar, but yet still sedih jugak.
Sepintar banyak mengajar aku. dari W to Z. k banyak la jugak. W X Y Z.

ada 4 benda.

  1. cara nak sembang ngan orang yang takkenal .
    aku masa kat rawang sana kalau nak balik rumah kena naik train. ya Allah..kau tau bertapa besarnya dugaan kat sana? besar sangat. banyak kali balik sorang sorang. nak pi stesen ktm tu kena redah naik teksi dulu. ingat apa? teksi tuuu. bahaya okay untuk anak dara macam i.

    pernah jugak satu malam tu sebab terdesak sangat takde tiket kreta api..aku terpaksa naik teksi sampai rumah. pergh. gila betul pakcik teksi tu. dah sesat sampai lumut. aku mula ingat dia nak culik ke apa. dah gelabah dah. yelaaah, aku tk bawak fon. dahla time tu dah malam. dah nak dekat kul 11 n aku still kt lumut dengan orang yg aku takkenal. naya tau tak. tapi nampaknya aku hanya perasan dan bertepuk sebelah tangan. pakcik tu taknak pun culik aku.

    aku selamat sampai rumah pukul 12:30 malam. fuh. 

  2. panjat pagar

    hey ini ilmu sangat berguna tahu tak ? aku tak penah buat and tak pernah rasa nak try pun nak panjat panjat pagar asrama time kat SARJANA dulu. yelah, mau tak sangkut kain aku. sarjana pagar dawai. sepintar pagar tembok. dah siap ada lubang lagi. memang senang. macam tangga. senang sangat nak masuk. nak panjat. hahaha k teruk. tapi best. buat sesiapa yang tak pernah cuba. boleh la datang sepintar. try panjat. lolololol

    bila dah form 5 ni aku dah stop la. aktiviti panjat memanjat ni dah aku  tinggalkan sebab dah nak Spm kan. dah besar. dah jadi anak dara. tak elok kalo org nampak gadis ayu tiba tiba panjat tembok aspuri. tak ke jatuh mas kahwin aku ? haihh.

    tapi seriously, ilmu panjat ni sangat berguna. time PLKN nnt. aku dh imagine macam macam dah. dah berangan bagai nak rak dah. aku jadi heroin PLKN ke apa kot kannn nnt. yelaaah, dah hebat n pass semua halangan duri plus ranjau. hahaha. tapi angan angan aku hilang mcm tu je bila dapat feedback dari pihak PLKN

    'Maaf anda tidak ditawarkan untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara bagi sesi-11 pada tahun 2014 '

    harapan hanya tinggal harapan~
  3. doin' crush thing

    teeeheeee. ini aku suka. lol. k fakta orang kata jangan main main dengan diorang. nanti menyesal. haih. takpa. nama pun main main rite. so just live there. scream n shout. do the drama. play the role. and you will feel the excitement.

    suka lah main sticky note. ^^ comel sangat. 

  4. jadi membe dalam erti kata yang sebenar

    know what? SEPINTAR IS THE BEST. serious takkan lupa lah. kalau nak cerita satu satu memang tak cukup scroll lah cakap !

    aku sayang SEPINTAR.

    *HERE SEPINTAR means : kawan kawan tingkatan 5. adik adik tingkatan 1 2 3 4. guru guru semua. Abi and tak lupa juga Bonda . pakcik makcik guard. lol. 




hahaha k tu je lah. nanti nanti aku sambung lagi dengan gamba yang real. ni semua gamba curik. almaklum lerrr pendrive tertinggal kat sekolah. susah. k tata. have a good and a fantastic day okay , tata. assalamualaikum ^^


i love you blog <3

Friday 2 August 2013

TESTING TESTING..ehem

Waaauuuww. 8 months. Lapan bulan. Laapaaannnn buuuulaaaannn. Kalau mengandung ni dah nak lahir dah niii.


Finally !

Akhirnya aku dapat bukak blog ni balik.


Alhamdulillah. Nak nangizzzsss rasanya. Serious ni.
Tak main main.




Betul betul serious,


Maaaannnn. Rindu nicky sangat sangat.


Yeah. Last update 8 bulan yg lalu tu pun time tnga bkabung pasal pemergian dia, haila. Takpelah. Now im tough enough. ^^


Yaayy!



Okay bye. Nnt aku update lagi esok. Malam ni tkbest updte sbb pkai tab. Tak feel lahh kateko.




Haaaaaaih. Banyaaak sangat nak tulis nak cerita nak kongsi nak luah.



Rasa macam di hidupkan semula.


Breath in. Breath out.  iiinnnn.....ouuuuut.

Fuh fuh fuh. Berabuk blog.




Eeeeiiii tak sabar nak tunggu hari esok.



K bye. Jom sambung baca quran. Rindu kalam Allah yang puitis romantis manis tuu. Hihihi. Assalamualaikum :)


Saturday 26 January 2013

Banyak yang aku nak cerita tapi insyaallah lain kali.peneman setia menulis blog kini telah pergi untuk selamanya.