" Oh Allah, teach me to love others just like I love myself, teach me to judge myself just like I judge others. And if I have wronged anyone,give me the courage to apologize, and if anyone wronged me, give me the courage to forgive because you have taught me that forgiveness is the highest level of strength and revenge is the highest level of weakness "

Wednesday 28 November 2012

short update

assalamualaikum. haha harini hari paling bengap aku pernah hadapi.haha manusia.dunia.keseronokan.kelalaian.memang mana dapat di pisahkan.hahahaha.godaan dan sewaktu dengannya lah.pandai pandai pike.

apa bendalah sebab dunia sanggup nak gadaikan maruah sanggup gadaikan mahkota sendiri.

BENGAP.seriously.tu kalo aku dah capslock tu maknanya aku betul betul serious kata orang tu bengap.bukan apa dah sebab aku kata taknak maknanya taknak la wehh

tkpayah nak paksa aku dengan buat benda tak patut tuuu..ish ish ish

macam tak percaya ada orang macam tu desperatenya dalam dunia.

banyak mana air liur aku keluar.banyak mana huruf aku taip pun.kalo dah gila dunia.macam tu jugaklah.tak boleh nak buat apa.

nasib baik aku boleh control hahahaha kalo tak dengan aku aku sekali jadi bengap macam dia. aduhhh

moga moga dia tu insaf lah dari perbuatan keji lagi tak bermoral dia tuuu


tapi sememangnya bukan semua pun buruk.ada jugak orang yang baik yang tulus yang tak bengap macam dia.

tak sangka jugak.sebab mula mula rougue white macam muka taknak layan.tapi his not bad lah jugak sbenanya.

dia baik je dengan aku.tapi malangnya dia takde facebook.so macam lost macam tu and the conversation just end that day lah.harap harap dapat jumpa dia lagi lah pasni

kecewa jugak lah aku.sebab bukan senang sebenarnye nak dapat kenal dengan orang muka macam jackie chan tu hahaha.seronok.

dahlah humble gila.rasanya macam ktorang je yang lemah english kat situ hahaha dah la banyak ke laut dengan dia.sembang pasal kungfu lah,chineese actor la apa bagai.merepek je

hahahaha



mexico pun baik.dia okay.dia awesome gila.okay memang la tak patut untuk percaya strangers kannn.

tapi pengalaman baik punyalah.dia baru 17 and dia terror gila bab medic medic ni.superb la kateko.dia kata mexico bahaya.jangan datang masa sekarang.sebab skrang drug dealers tengah bersepah kat sana.tapi org org jahat tu tak masuk kawasan dia lagi lah.

dia banyak membantu dalam english class aku.tk sia sia aku masuk english class tuu.

dia kata kalo aku mai mexico satu hari nnt dia akan jadi tourist guide aku hahaha macam macam. aku kata aku jeles pasal empat musim.dia kata mexico tkde empat musim pun.pastu aku ckp aku teringin nak pegang salji pastu aku ajak dia pergi mana mana negara yang ada salji pastu dia kata salji lagi seronok kalau menikmati sorang sorang.yeke ? mmm entah.aku rasa macam bukan ke best kalo atleast ada sorang lagi yang kita boleh ajak main snow sama sama kann ?

aahh nntak lah.



brother dari jerman pun baik.dia cool.tak banyak cakap.aku macam tak percaya yang dia german.sebab tengok muka macam orang melayu.aku tanya banyak kali.tapi dia kata dia memang jerman.pastu aku try ayat ayat melayu kita selalu pakai.hareeemmm.muka dia pelik gila.memang macam tk paham langsung hahaha

dia macam baik la.okay.macam haha tak tak.aku rasa dia memang baik.dia banyak bagi nasihat nasihat.dia kata bila dekat english class yang aku masuk kebanyakan orang tak betul pun niat.kalo tak silap aku itulah maksud dia hahaha english aku teruk.tak paham 100% pun apa yang dia dok bebel kan hahaha

dia kata kbyakan orang ke class tu hanya nak cari awek/pakwe yang cool hahaha entah.aku tk nmpak tang mana yang dia kata cari cool people tuu.sebab kt sana aku tk rasa ada orang cool handsome cute lawa etc.

tktaulah apa kes nya taste aku kot kot yang melencong.tapi memang yela kot.sebab ada sorang student tu aku tengok pelik semacam tiba tiba ada sorang mamat negara mana tah kata dia cute hahaha taste ke laut ler aku ni kot.entah ler.


haha apapun boleh tahan lah manfaatnya english class tu kat aku.tapi banyak bukak kamus jugak lah bila nak smbung ayat.sampai rasa macam dah malas nak teruskan kata kata.

haha banyak orang guna ayat..

'its okay.my english once worst.but keep trying and practicing.im an open-minded person blablabla'

apa memang cakap senanglah sebab kau dah terror.aku macam merangkak kat situ nak cakap english macam orang gagap.

apapun harap harap aku cemerlang lah bahasa inggeris aku.harap harap kelas tu kasi manfaat kat aku yang gagap BI ni har har har... (-_____-)'

btw, harini mak bawak balik laptop and ayah baru masuk gmbar gambar yg dia snap dkat langkawi dalam laptop mak tu.entah kenapa tknak masuk dlm desktop pun tktaulah.

ada gambar gambar yang selekeh haha sengal tol bila tengok balik.rindu betul.empat hari sememangnya taklah lama mana kan even orang kata pergi langkawi dua hari pun cukup.

here goes the memories


selamanya harimau MALAYA!! otak pun dah jadi gila hahahaha

dekat pusat kraf apa tah

dekat pantai pasir hitam kot nama tempat ni

dekat tempat kraf tuuu



dekat luar cable cars tu.brenti kejap.mak kata kat atas nnt panas.mak suruh beli topi dua singgit ni.


alih alih dekat atas dah gelap pun.beratur panjang benor.
tapi nak jugak pakai topi puaskan hati semua pihak haha


dekat atas tu la..muka aku pun dah penat dah minyak hahaha

dekat kraf tu lagilaaa...adik aku try skill photographer dia hahaha

gambar ketika sedang mabuk bhahahaha

okay hahaha rindunya dekat moments yang gila.okay tu hari pertama.hahaha hari hari berikutnya menanyangkan gambar gambar yang lagi gila gila belaka.hahaha *cencored*opps* hahaha moga kekal abadi memori memori ni hahaha ahhhh rindunyaa aku :D

bila dah besar ni baru aku rasa macam mana bahagia nya bila berada bersama keluarga.
tktau lah kenapa kann.masa dlu dlu tak rapat.bila dah tua baru nak bermanja hahaha tapi vacation kali ni tak berapa bermakna.bukan tk berapa.tapi memang menyedihkan sbenarnya sbb abang tak pergi.boleh pulak dia ada exam time time ni.aduhh sedih betul. nak buat macam mana kannn.

kalau abang adaaaa..lagi gila gamaknya vacation ni hahaha mesti double awesome punyaaaa XDD

okay,assalamualaikumwarahmatullah *meroyan pada satu dua lapan pagi*ouch bye

Tuesday 27 November 2012

gilaaaa

assalamualaikum,


bila dah dekat tiga hari hidung aku mengeluarkan mucus yang saaaaaaaangat bannyak, aku jadi runsing gila.
siapa tak runsing woo.antara tiga penyakit beradik tu,aku paling benci selsema.siapa suka lagipun?

ohh tapi siapa pun aku untuk membenci atau tak suka dalam kata lainnya terhadap apa yang telah Allah takdir kan?

ye tak?

takdir? okay, apa apalah.tak kisah

seingat aku dalam family aku, akulah anggota yang paling kuat antibody.serious.waktu kecik kecik dlu waktu mak bawak pergi klinik..siapa sangka itulah kali pertama aku daftar nama.mak sendri pun tak perasan sbb rasa rasa dah byk kali jejak klinik untuk anak anak dia yang sakit.

see? nurse sempat lagi cakap 'kuatnya adik..'

yela sbb dah masuk lapan tahun kehidupan baru aku jejak klinik.

tapi apakan daya..aku bukan siapa siapa untuk menghalang kesakitan dari terus memakan diri.aduhhh


selain kerap kali ke singki berdekatan,aku juga keep on du'a je agar selsema ni hilang secepat mungkin.

mungkin dua hari lagi

mungkin esok

mungkin malam ni

or mungkin lepas habis je berblog ni

siapa tahu? 

ALLAH je tahu..kan?


gila tak gila ? semalam waktu dalam bilik air siapa sangka,aku pun tak sangka yang time batuk tiba tiba keluar darah.

OMG. takut.seriously aku takut.

siapa suka ? sukalah kauorang..aku tak suka.LANGSUNG.

kira kira dua bulan sebelum cuti akhir tahun,sekolah aku di gemparkan dengan seorang pelajar tingkatan dua yang mengidap TB. 

TB atau lebih di kenali sebagai batuk berdarah boleh membawa maut.

yeah maut.

yeah.


_____________.

sudah sebulan lebih berita yang di hebohkan mengata kan bahawa pelajar tersebut tidak sedarkan diri yakni koma.hidupnya hanya bergantung kepada mesin semata mata.

tetapi pada akhir akhir persekolahan , cerita tentang pelajar tersebut tidak lagi kedengaran.

wallahua'lam,
moga moga pelajar tersebut masih di beri pluang untuk teruskan kehidupan dan diberi pluang untuk beribadat dan bertaubat dari apa jua dosa yang telah dilakukan whether kecik ataupun besar.

____________.

dalam kes aku,aku tak rasa aku menghadapi TB. insyaallah.amiin,

dalam ujian saringan yang telah aku lakukan,keputusan doktor menyatakan aku patient yang NEGATIF TB.

alhamdulillah wa insyaallah,amiin.


alhamdulillah buat masa ni aku hanya sekali je mngeluarkan darah yang tak banyak tu.untuk masa masa akan datang, nauzubillah,minta di jauhkan dari terus terusan terjadi.

tak banyak pun.seriously sikit.

lagipun about darah darah bila batuk atau bersin sebenarnya ada jugak berpunca daripada perkara remeh remeh je.

contohnya sebab kurang vitamin C , tissue kerongkong cedera akibat daripada kekerapan batu orwhatsoever lagi la.

so sebenarnya takda apa yang kita patut risau kan.okay patut la jugak.tapi tk payah sangat pun lagi bagus.

malah kita patut nya seronok.tkdelah maksudnya meraikan.

'sakit itu kafarah dosa'

so,mungkin disebabkan dosa dosa aku yang banyak maka Allah datangkan kepada aku sakit sakit tertentu sebagai kafarah atau denda kepada dosa yang bertimbun.

astagfirullah astagfirullah astagfirullah,

banyak tak terhitung.


okay  back to story,serious aku tak pernah sakit selsema batuk macam ni.

tadi waktu awal awal update waktu tu tak amik lunch lagi so aku  pun amek la pasembor je yg mak aku beli tadi untuk makan sambil update.

satu suap aku makan. 

perrrghhh 'langgar tekak'  beb!

aku terus batuk tak ingat dunia.sampai keluar air mata -_- aku terus lari pi dapor minum air and telan satu  sudu madu.

perit.

perit woooo..

mak aku bising suruh pergi klinik.

malas gila aku.mana taknya,mak bukan nak hantar kan.mak aku suruh aku pi sendiri.


aduhhh baik duk rumah dari meredah global warming kat luar rumah tu kan?

lagipun doktor nnti bagi ubat batuk je.baik lagi aku just amik madu yang nabi syorkan sebagai ubat.

banyak mana ubat batuk aku amek pun..kalau Allah kata sakit,maka sakitlah.kalau Allah kata sembuh,insyaallah sembuh.

kan ? 

dengan keadaan yang memerlukan aku untuk ke singki selalu perkara ini juga telah membantut kan aku untuk memakai apa apa jenis lotion atau apa apa bahan kecantikan muka  seperti bedak sejuk.aduhh.. horrible.




hahahahaha -_______- okay true story.

okay apapun perkara tu takdalah horrible mana kalau nak dibandingkan apa yang terjadi pagi  semalam!


aaaaaaaaaaaaaaarghhhhh!

RESULT!


result aku dah sampai rumah semalam (-_-)' 

macam manalah dan dan semalam aku boleh tengok tv pagi pagi ? 

macam manalah dan dan semalam aku tak pegi jemur kain pagi pagi ?

macam manalah dan dan semalam aku boleh boleh tak tak...ergh!

and di sebabkan itulah maka yang membuka peti surat pagi semalam ialah bapak aku.

dia masuk rumah balik lepastu.

'nah surat kamu'


apa benda pulak ar surat aku kan.aku pelik ar.tengok tengok surat result.babun.

teruk.bertambah pening kepala.

yang buat aku runsing lagi ialah mak aku tak marah dan boleh gelak gelak.

aiseyyyy..lagi satu benda pelik ar.sejak bila mak aku macam tu? bapak aku punya bising kutuk markah markah aku.aduhhh tak sedap betul...



hmm tkpelah baguslah kannn..takdelah aku kene sembur serentak.

aku pun dengan cepat cepat forward mesej kepada bbrapa kawan kawan rapat tentang result akhir tahun yang bakal sampai di rumah yang perlu di selamatkan.

semua terkejut babun pasal berita result aku.

so harap harap diaorang dah sedia tepi peti surat masing masing.




________________.


secara kemanusiaan nya , seorang kawan aku ada berkongsi cerita pasal lelaki dia.aku pun tktau apa aku boleh tolong.cuma aku rasa macam takpayah la weh bnda benda ni semua.

yelah lelaki semua sama waktu diorang muda muda ni.diorang tak matang lagi dalam alam percntaan ni .

dan sebenarnya diaorang sndiri tak faham apa itu cinta.

ghahahaha lol.

yelah mana taknya, haritu aku ada tanya sorang mmbe aku pasal 'betul ke madu boleh legakan batuk'..

then dia cakap yang 

'ya,memang.selawatlah dlu.madu mmg mmbntu mlegakan batuk dan sakit tekak.tapi madu makanlah bukan madu bini tuuuuu..hahaha'

dan aku rasa nak tampar dia.

see ? lelaki. mereka mengejar perempuan.

ya..perempuan perempuan sebenarnya. bukan perempuan.

okay apa apalah.

bergantung jugak lah sebenarnya.aaaahhh nantak lah.


moga moga selsema batuk demam aku elok sembuh secepatnya.dah rasa macam elok cabut je hidung ni.sakit. 

tadi masa mandikan nicky pun asyik bersin je.lama gila ar mandi kan dia kali ni.kesian dia hahaha sejuk sampai menggeletar badan ohhh..hahahaha 

lari lari atas singki.tak pernah pernah macam tu haha aku asyik terlepaskan dia je dari tangan sebab nak bersin banyak kali. yelaaa...bulu kucing tuuuu hahaha 



okay apa apalah kaaan 

assalamualaikum.

Saturday 24 November 2012

Allah knows best,

haiya.nad nad nad.apa lah sebenarnye semua ni ? apa kebenda nye ni wehh ?
apa hikmah semua ni? moga moga terjawab lah dengan cepat.aku dah pening pike.

hari demi hari yang aku lalu absolutely buat aku rasa tak sedap.duhhh.tapi tkde la pelik mana.cuma lain mcam sikit dengan hari yang lain.


kemarin bangun pagi awal semacam without using apa apa siren yang secara logiknya perlu untuk aku bangun pagi macam hari hari biasa.sebab aahhh abaikan.k,berikutan itu.aku bangun dengan mata yang gila bapak ahh segar.seriously memang segar.tak penah2 aku rasa senang macam tu.

bangun bangun rasa lapar.omg.

buat lah milo.cicah biskut jagung.nikmat yang tak terhingga sebab perut tengah lapar sangat waktu tu.tapi aku tak feel sangat sbb time kaki kuku tumit semua sejuk2 tak tahan nak pijak lantai waktu tu.so kacau sikit lah.

lalalala....solat subuh...lalallaa..tktau nak buat apa...lalalala..tido...zzZZzz

after that aku denga bnyi bedegang degang.bangun2 usha jam dah nak dekat pkul 9.aduhh.mampus.bapak aku dah bising.haaaa...aku siap2.lalalala..skip2...

turun2 tengok hall kosong grill tebukak.nantak la kan.tiba denga mak aku cari omey.pastu denga bapak aku cakap

"ikmal pergi rumah kawan.dia kata nak teman kawan dia kat rumah harini sbb kawan dia kata dkat rumah dia ada hantu.."

aku denga pun..macam..hurrr...apekah? and bapak aku terima alasan tu?okay mybe sbb tu alasan kawan adik aku yang bukan anak dia so bapak aku tkleh buat apa lah.

tapi aku takleh trima.bukan apalah.nak cakap budak kecik aku rasa dah mumayiz kot.ye ar.darjah lima kot.

lagi lagi dunia skang makin maju.budak lebih matang.kenapa alasan hantu tu masih di guna pakai ?

macam tak logik.memang tak logik.

okay,aku ketepikan and makan lah sarapan apa yang ada.

maghrib tu pulak.adik aku baru balik.aku tak kisah pun sbb hari cerah lagi.macam tengah hari.kuning semacam.tak macam hari biasa.lagi benda pelik.tiba ayam berkokok. ape benda la woi kokok time ni.tak penah2 pun.okay,lantak lah ayam tu sbb time tu aku pike maybe sbb isteri dia nak betelur kot ape ape lagi kemungkinan lain yang ... mungkin.entah.



okay,meet my ayam.ini ayam betina.ayam jantan tu tak berani snap sbb dia suka cari pasal dengan aku.asyik nak patuk je keje nye..





 "wei ade hantu ke kat rumah kawan hang ? "

"ade kot.tah.banyak gila bunyi pelik.nasib baik aku ade.so ktorang tak duk rumah pun.lepak kat arafah(kedai mamak).kalo tak taktau la apa kawan aku nak buat."

"apsal kawan hang suruh hang teman?mak ayah dia tkde kt rumah?

"takde.kerja.gi kl..kbye"

omg.apasal dunia skrang? lepak je.lepas je tanggungjawab jaga anak.boleh pulak suruh anak orang lain jaga anak dia.kalo budak tu besar dah tkpe lah jugak.ni baru drjah lima kot.hailaa ..macam2.

dalam kereta malam otw ke 'restoran'
adela blaku bbrapa conversation yang mnimbulkan isu 'takde apepun'

okay contohnye org2 kita slalu cakap macam ni dengan tetamu diaorg macam ni

"makanlaaah,takde apepun.."

okay,dlm konteks ni kan kate...'makanlahh' ..'takde apepun' ..kalo takde ape,nak makan ape kan?

so,kita patut nya cakaplah macam ni..

"makanlah ape yang ada..biasa biasa je...."

takke itu lebih kene kan? yelah even sbenanye tu hanyalah ayat berbasa basi masyarakat.ahh so nantakla.

malam tu time cuci muka bunyi anjing melalak lalak lama gila.bising ohh.aku bukan takut ke apa.cuma bising gila.rimas.tak penah penah kecoh mcam tu.so aku pun cepat cepat kan pergerakan and so on masuk tido.

okaylah

okay memang takde ape sangat pun sbnanye.okay cuma kelainan yang datang tu serentak.means dalam satu hari yang sama.

aku takdelah akan rasa pelik sangat kalo dalam sehari tu just ade satu dua bnde plek yg jadi.tp ni macam byk la jugak dr biasa.

btw..talking about easy addmath.

aduyaiii tak sudah sudah topik ni.dah naik rimas aku pike nak pi ke tak.

bila mengenang kan yang aku ni absolutely seorang yang lemah addmath...for sure la aku nak sangat pegi

bila mengenang kan duit mak bapak aku yang bayar and tau aku tak brapa blaja nnt..for sure la aku dah rasa taknak pegi pulak..

yaa..even memang la mak aku bapak aku suruh gi.

mana taknya..addmath bhai.kalau aku memang star macam schani boleh ar trima kalo tak pegi.

ni bengap macam diri sendri..ada hati nak duduk rumah and enjoy bila kawan kawan yang sedia pandai sibuk memandai kan lagi diri masing masing

habis aku ? knapa laaaaaaaaaaaa...okay,its not a big deal sangat pasal duit.

apa nak di bandingkan dengan RM140 dengan ilmu yang tidak ternilai right?

okay..tapi aku aku tak boleh pergiiiiiii!!! nooooo! ahaaaiii...

semalam time jalan jalan dekat prade aku tesrempak ngan member ku tanpa di undang tanpa di sangka.

tegor macam tu macam tu je la kannn..angkat tangan..ohhoi sikit...blah..tibaaaaa...

boleh dia  patah balik panggil aku marah aku sbb balik awal time cuti akhir tahun haritu.sbb semua stuff aku yang baru di pulangkan ada kat dia.file fzik,chemist,bio,eng,sej.paper exam yang dah tanda pun dia lah yang baik hati tlong bawak balik kan.pai,eng,sej,modmath.atas alasan dia dekat dengan aku.aaaand..kertas kertas revision homework yang bertimbun pun dialah yang jugak tlong amik kan untuk aku.kertas2 chemist yang banyak and kene hantar pada awal pndaftaran 2013.

YA ALLAH.....  :'(



aku pun dah taktau nak buat apa.main kucing je smentara waktu ni utk bertenang dan berfikir .... (-________-)


and yaa..bulan november dah nak habis wooooiiiiii...lagi berapa hari je ni?
kenapa baru semalam tau banyak gila chemist nak kene hantar..pai lagi..nota mindmaps f4 f5. aduhh

malas.

okay memang ar boleh siap...tapi...tapi..hailaaa...fokus untuk capai kejayaan.yeahh..susah woi !

aaand sebab tu la aku taknak pi easy addmath tu.sebab aku boleh luangkan masa di rumah dengan buat nota pai.itu hanyalah perancangan aku yang taknak pergi..yaa..pada awalnya.. : )

but suddenly..perancangan aku yang ingat taknak pegi yang nak pegi yang lima ploh lima ploh tu bertukar mnjadi sesuatuu yang tiada plihan selain dari NOT GOING. OMG.

aku pertama tama nya nak mntak maaf lah kat esah sebab aku sendiri text dia haritu cakap insyaallah boleh. tapi last last tak boleh.aku taktau macam mana nak cakap.sooo sori.

esah harap aku buat seprise.tapi aku taktaulah.sedih :/

aku kedua duanya nak pulak mintak maaf kat schani sebab aku pun tak dpt nak penuhi pmntaan kau utk datang bermalam ngan kauorang dekat gopeng sana.aku pun tah la tktau nak cakap macam mana.tapi memang tak boleh la aku nak tunjuk muka kot.insyaallah lain kali rezeki kita.insyaallah

and so,cekelat apa macam pun tktau lah ><

kauorang jangan pike yang aku saje.aku nak datang kott..tapi takde rzeki untuk kali ini.maybe.ada hikmahnye.

semua salah aku.semua salah aku.kenapalah aku tak belajar betul  betul dulu -_- hadoi.

kan dah sesal tak sudah.tapi apapun aku harap sangat aku dapat pi.amiin XD


siapa yang dpt pi tu untung ahh ,  cedok semua ilmu yang diberi tu.ilmu sangat bernilai.

sentap aku bila tengok gambar tu.sedih sangat.betapa tinggi nye nilai and kepentingan ilmu tu pada Islam.

even diorang dalam situasi yang kucar kacir , peperangan , tapi,dorang still bersemangat untuk blaja instead pergi buat senjata or nyorok kat mana2.

bukan macam aku,takde perang,hidup aman damai harmoni..tapi...aaaku ? aku bodoh pi nyorok dalam dorm
aku betul betul umat yang takde...*smbung ayat sendri*

seriously nak pi easy addmath :/ harap dapat ar peluang untuk kaut ilmu yang korang sama sama rebut nnt.

______________________________________________.


haritu aku mimpi aku jumpa nash wadah wanjah esah schani thirah lela timah ainaz g-are dekat tambun tengah beli limau bali sama sama -.- hahaha 

even mimpi tu remeh cm bongek tiba limau bali kaannn..tapi aku rasa lain mcam duhh time bgun dari mati smntara tu.

rasa rindu gila kat hangpa :'D 

ilove you.ilove you more.ilove you most.yeah.most.

:( dah lama gila tak sembang ngan timah and g-are...OMG OMG OMG ! moga kita semua berjumpa nnt.amiin.

moga impian menjadi kenyataan bila di iringi usaha doa dan tawakkal :D


assalammualaikum
always put your trust in Allah,always pray for eternal happiness in GAZA 

Monday 19 November 2012

easy :3

as..assalamualaikum.okay bosan sangat harini.apapun,thank God aku masih dikurniakan dua nikmat terbesar.yakni nikmat islam n nikmat iman.alhamdulillah.

bosan.

sangat.

bosan sangat.

sangat sangat bosan.

semalam harini esok tktau lah.semalam harini bosan gila.

harap2 malam ni ade lah agenda yg best sikit.

haraplah.

btw,semalam.buat ksekian kali nya aku texting member la.his name is amin syazwan.selalu panggil dia amin.or min.or am.or syaz.or wan.or whatever la aku rasa nak pggil dia.kadang2 panggil dia ma'.entah knapa pun apa kaitan pun tktau lah.

okay.nak di pndekkan cerita rupa nya dia mmpunyai life yang lbih sama lah.lebih kurang lah macam tu.means dengan aku.yaaa..sama.sama dengan aku.sama tapi tak serupa.sebab dia lelaki.sebab aku pulak perempuan.

aku sbnanya lost 3 thun la dr dia.tktau mana hilang.aku senyap.dia senyap.tiba2 naik form 4 aku contact balik.aku kayuh basikal nampak dia tngah ronda2 dalam taman.pergh.persahabatan memang takkan putus.

dia ajak aku lepak jap sembang atas buaian kat situ.



after about half an hour cotcet kterang pun bertukar2 number and blah balik rumah masing2.rumah masing2 ada kan.rumah dia,dia balik.rumah aku,aku balik ke sana.

starting dr situ kterang text la.but bila perlu la.bukan lah selalu or stiap bangun celik mata pagi2 buta tu taklah.seriously only when need.

tiba disebabkan semalam bosan sgt.so..aku rasa tktau nak buat apa.scroll number dekat phone,nampak lah nama dia.and aku rasa perlu la untuk text sbb bosan sngat.

kterang sembang.

sembang.

aku gelak sorang2.

reply text dia.

tiba2 taktau nak cakap apa.

mana ada topik dengan budak 3 tahun tak jumpa kan.

tiba dia bukak cerita.

ewaaah.

panjang pulak text2 lepas tu.



aku pulak rasa macam.... (-_____-) huuuuuuu...

ok ok.cerita dia lbih kurang mcam ni lah.

dia rapat ngn sorg minah.minah tu rapat dgn dia.diorang sama2 rapat.many things share.care each other.blablabla.but they never declare apa2.boy/girl friend bukan style amin ni.so..dia actually dah keliru.lagi2  minah tu.minah tu pulak dah salah faham cara layanan amin.thennn...(smbung ayat sndiri) 

macam ni lah.

amin taknak pun kat minah tu.okay mcm kejam.means that amin love their friendship.not love minah.

but minah dah tersalah pandang cara layanan amin.amin kata dia nak go on friendship dia ngan minah tapi keliru whether patut or tak sbb takut minah terasa and he surely facing the awkward moment.

aku rasa kesian dengan amin sbb tak dapat nak tolong dia.yela.even problem yang aku face pun tah ke mana pun taktau la bila nak setel.

and ya.we facing the same problem.

and ya.amin cakap aku tiru cerita dia bila aku cerita pulak problem aku kat dia.

and ya.kterang decide untuk sama2 setel cara yang sama iaitu dengan jadi orang bodoh.

and ya.cara tu ialah dengan ignore the lady/guy.

and ya.we live happily ever after.

in shaa Allah.

oh amin.thanks sebab kau ada masalah sama dengan aku.


hey sori.aku dengan amin seriously nak mintak maaf dekat you two.minah and mamat.sebab kterang choose cara ni untuk chaw dari kerunsingan akal dan fikiran.aku harap minah and mamat dapat la lupakan aku and amin and move on life kauorang.aku and amin tau kauorg akan jumpa someone yang thousand times better than us.
truly ,
nad and amin


goodbye love.we were never ever ever going back together cause you'll pop.opps.sorry.

okay.apapun.ni nak cakap dekat schani and esaaaaaaaaaaah.

hahaha.mak aku kasi pergi easyaddmath tu.

tapiiiiiiii.........


im not going kot.
hahahahahahahahhaha...nanti kita bincang lagi ye XD

okay,meet amin.

aaaaaaand nad, 




hahahhaa okay,tipu.

itu bukan amin.tapi thats my bro.
well meet me,hafiz and mira.
=='


apal muka aku dan lain2 macam tu eh? -.- haaaa...nntak ar.
apapun.ni gambar dekat langkawi ritu.jeti2.
hahahhahahaha ==

k assalamualaikum.

Sunday 18 November 2012

spin it up!

ohyeah,great day nite blablabla.. isn't it ? hahaha assalamualaikum to awesome world.alhamdulillah,glad cause im still awake even past several days was the doomessssst day ever.OMG.fuhh alhamdulillah.


okay.its ELYAR FOX.





uiiiiiihhhh aku suka dia.yeah.he's my GUY.he's the GUY.

sejak dua 3 bulan menjak yang lalu.aku layan dia ni lah.kt facebook.slalu sangat i.m aku.aku pun tktau  kenapa dia asyik tegor aku.ade something yg unik ke kat aku? ewaaaaaaaah.dah lah dia hensem semacam.ishhhhhh....

okay.aku tipu je hahahahaha.

dia ni retis cover lah.aku mula2 dulu tktau nak buat apa.on tab.bukak youtube.type najwa latif.ohh apakah? ==' tapi tulah yang aku buat.aku tak bukak dah korea2 ni.dulu kalo bosan je suju mblaq 2pm cnblue blablabla...even running man pun tak.hehehe.#opps.

tiba2 time layan najwa latif punya cover yg dlu2 tu yg sblum dia jadi retis,aku scroll2 ke bawah and nmpak la mamat style ni.bukak.aaand aku terus tergoda.ewaaah.video first dia aku tgk cover;boyfriend.boleh la.tp suara dia pekik sikit.

tapi aku still suka.hahaha sbb rambut dia sbenanye.sbb rupa dia sbenanye.sbb dia hensem sbnanye.sbb dia style sbnanye.

macam esah jugak.dia mnat jb sbb apa? okay,mmg suara jb sdap gila ar.tp,cer kalo bukan sebab jb hensem...ada esah nak mnat? okay.ada lah.tp..hahaha (-_-)' 

okay2.amek point lain lah.cer kalo muka jb tak hensem. ada esah nak tarok dia punya muka atas meja dekat kelas? ada? rasanya tak. tp tktau lah pulak kalo selera dia ada lagi.sbb mnat sgt la katakaaan.uuuiiih,hilang mood blaja bhai kalo....(okay smbung ayat sndri) 

macam retis korea.haaaaa...

cer hangpa bayang.bayang ye,bayang.bukan nak drop apa.okay2. 

sila bayangkan si retis2 korea tu semua hitam2.ada kauorg angau kt diorang ? macam aku lah. tarok poster bagaaaai ats meja kat kelas, dlam loker,dalam blik,dlam purse.haaa...semua tempat la katekan..gilo.hensem sangat kot.lawa sangat kotttt...mana tahan.



pergh rambut taknak kalah.

yang perempuan comey.yang laki comey.tktau cemana nak beza kadang2.

okay.sbenanye bukan apa.ni dah melalut sgt.hahaha.point aku.bahawasanya rupa kecantikan keelokan kehenseman hanyalah sbg satu kayu ukur or what we called it ? errr...sbg salah satu point di mana kita menyukai and untuk mnambah kan kasih sayang kita ke seseorg yg kita sayang.hahahaha apa aku sembang ? 

okay macam ni lah.haritu aku tanya sorang sir aku kt skola.

aku:sir,kalo cari isteri apa kayu ukur ? 
sir: rupa la wehhh. apa yang nampak dlu la kita judge.
aku:ceh.
sir:ye ar, kalo muka macam ********  tknak aku. hilang selera.
aku:jahat gila.ciptaan tuhan kot.
sir: betul what.yela ,buat apa kalo boleh pilih lawa tapi kita amek lecah,right ? 
aku : yelaaa..habis tu siapa nak kawen yg muka pecah tu ? 
sir:siapa2 lah yang baik.hahahahahahaha eh, nak anak lawa cari lawa la. 

okay.sbenanye aku pun dah lupa apa point aku at first.sbb duk texting ngn boyfriend,i.m ngan pakwe.hahhaha lupa habeh dah ni apa nak tulis.haishhhh...

apa aku nak cakap woi !

apa ! 

apa !!!! 

aaaaaaaaaaarghhh!

okay.serious im lost.



okay la.apapun kesimpulannya aku nak cakap yang kita sepatutnya takdelah judge someone or anyone tu berdasarkan rupa dia.sbb actually semua orang pun cantik.cantik subjektif kot.

aku paling tak suka bila aku cakap org tak hensem tu hensem n org tak cntik tu cantik....ada org nak cakap macam ni --- 

eh  you ni buta? dasar taste senget.kau ni, kesian tol.ada kecelaruan.ish3

alaaaah macam kau cantik sgtlah nak judge org macam tu ? 

kalo semua org nak puji yang cntik2 , yang hensem2 , siapa nak puji yg the rest tu  ?

btw, kcantikan kehenseman bukanlah something yang kekal

bila mati kau masuk kubur jugak

kau kene mamah dengan ulat jugak

kau kene himpit dgn tanah jugak 


so why must someone been judge for their err...kecantikan ? *sorry.BI aku hancus.

even mmg aku pun nak yang hensem2 lawa2 kan ? 

hoho


ni nak petik satu ayat la.. macam mmbe aku kata 

"biar buruk di mata manusia, asal cantik di mata ALLAH"
so...nad , aku nasihatkan kau jangan lah usha someone tu by their rupa.their look.knapa nak sangat dekat yg style?

knapa kita perlu nak lalalalala sana sni untuk dpt top rank dpan manusia.try to be natural la bro.  

macam ERRA fazira. fuhh lawa natural.

okaylah aku pun dah nak patah tengkok duk kat dpn desktop dari kul 8 lbih.punya keling sat2 fb.sat2 cik pencicip.sat2 tumblr.bla bla bla... apa lah aleh2, blog tersangkut mcm ni lupa point asal. aaaarghhh bongek sangat. 


 okay.moga hari kita semua dilimpahi dengan kurnia-Nya.in syaa Allah :) 

goodnite world.i hate you.
assalamualaikum